BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 9 May 2011

sejarah bola tampar

Bola tampar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bola tampar
Volleyball game.jpg
SEJARAH BOLA TAMPAR ANTARABANGSA
Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895.Orang pertama yang
mempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang pengarah sukan
YMCA,di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. NAma asal permainan ini ialah
‘minoneete’ dan kemudian digantikan dengan nama ‘volleyball’ oleh Dr. A. Halstead
pada tahun 1896.Sejak diperkenalkan,permainan bola tamper terus menjadi satu
permainan rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang pertama hanya
diperkenalkan pada tahun 1916. Antara perubahan teknikal dan perkembangan yang
penting yang berlaku dalam permainan bola tamper adalah seperti berikut:
1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan.
1912 - system ‘bergilir’ (rotation)diperkenalkan.
1916 - Undang – undang permainan diterbitkan.
1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan.
1918 - Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tingi jaring ditetapkan pada
ketinggian 2.4 meter.
1921 - Garis tengh diwujudkan dalam gelanggang bola tampar.
1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan.
1923 - Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal sehingga masa ini.
1947 - IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola Tampar
Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal permainan bola tampar.
1949 - Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama diadakan di Prague.
1964 - Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah satu acara sukan
dalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo.
Di Malaysia,permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong dan Negara China pada tahun 1930-an.Ketika itu banyak perlawanan persahabatan dan pertunjukan telah diadakan di Bandar utama seperti Pulau Pinang,Kuala Lumpeu dan Singapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada masa itu.Di Malaysia,permainan bola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur
Malaysia (MAVA – Malaysian Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada
tahun 1959.
Permainan ini adalah salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukan
sekolah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah – sekolah Malaysia (MSSM).
Permainan ini adalah unik sedikit jika dibandingkan dengan permainan bola yang
lain seperti bola keranjang, bola jaring, dan bola baling. Ciri unik ini dapat dilihat dari
segi cara bola itu dimainkan oleh pesertanya.Kemahiran menghantar bola yang
ditunjukkan oleh pemain-pemain dalam permainan ini adalah luar biasa dan bukan cara
natural yang biasa kelihatan dalam aktiviti yang menggunakan bola. Lagipun,permulaan
permainan ini dilakukan dari luar gelanggang.
JARING DAN TIANG
Jaring bola tampar adalah 1 m lebar dan 9.50 m panjang yang diletakkan di atas
paksi garisan tengah. Dua jalur putih, 5 cm lebar dan 1 m panjand dilekatkan tegak pada
jaring dan diletakkan di atas setiap garisan tepi. Ia dikira sebagai sebahagian daripada
jaring. Dua antenna diikatkan pada pinggir luar setiap jalur tepid an diletakkan
bertentangan jaring. Kedua-dua antena dikira sebagai sebahagian daripada jaring dan
mengehadkan ruang lintasan.
Tinggi jaring adalah 2.43 m bagi lelaki dan 2.24 m bagi wanita. Ia diukur dari
tengah gelanggang bermain dengan sebatang pengukur. Kedua-dua hujung jaring (di atas
garisan tepi), mesti sama tinggi daripada permukaan bermain dan tidak melebihi 2 cm
daripada tinggi rasmi.
Tiang-tiang yang menyangga jaring mestilah bulat dan licin, dengan tingginya 2.55 m, seelok-eloknya yang dapat dilaraskan. Ia mesti dipasang pada tanah pada jarak antara 0.50 – 1.00 m daripada setiap garisan tepi.
Aksi bola tampar
Badan induk tertinggi FIVB
Pertama dimainkan 1895, Holyoke, Massachusetts (Amerika Syarikat)
Ciri-ciri
Contact No Contact
Ahli pasukan 6
Jantina bercampur Perseorangan
Kategori Dalam dewan
Bola Bola tampar
Olimpik 1964
Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan [1]. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.
Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. [2].
Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.

0 comments: