BAGAIMANA BOLA TAMPAR DIMAINKAN
Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Mata diperoleh dengan meletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Para pemain hanya dibenarkan menggunakan mana-mana anggota badan daripada bahagian atas pinggang untuk memukul atau memainkan bola. Permainan bermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servis dilakukan. Skor (Pengiraan Mata)
1.Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3 set sahaja. Pasukan yang paling banyak memenangi set permainan, akan diisytiharkan sebagai pemenang.
2. Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan serta perlawan bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi perlawanan atas set penentuan, skornya ialah 15 mata, dengan minimun kelebihan 2 mata.
3. Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam tempoh 5 saat selepas wisel dibunyikan. Servis dilakukan bergilir-gilir. Setiap pemain (atas), berpeluang melakukan servis. Pemain yang menghasilkan mata (bawah), akan berpeluang membuat servis sekali lagi dan seterusnya jika markah diperoleh.
PUKULAN-PUKULAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR
1. Pukulan Menyangga (Digging)
Teknik untuk menyangga. Rapatkan kedua-dua ibu jari Luruskan lengan untuk menyangga dengan baik Rendahkan badan supaya bola yang disangga melepasi jaring
2. Pukulan Mengumpan (Setting)
Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti di dalam gambar dan sentuh bola pada ketinggian kepala Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat membuat rejaman
3. Pukulan Rejam/Rejaman (Spiking)
Pukulan rejaman dibuat dengan tapak tangan terbuka dan dikeraskan
4. Menghalang (Blocking)
Teknik Pukulan Rejaman Lonjakan bagi menghalang pukulan hendaklah dilakukan serentak dengan lonjakan pemain lawan yang merejam bola
4. Cara Servis – 4 cara
1 . Pergerakan secara turutan kemahiran servis bawah tangan dengan menggunakan bahagian pangkal tapak tangan yang keras atau bahagian belakang tapak tangan
2. Pergerakan secara turutan bagi kemahiran servis menggunakan teknik pusing 2 belakang
3. Pergerakan secara turutan kemahiran servis gaya putar dengan bola dilambungkan sambil tangan memukul pada bahagian tepi bola.
4. Pergerakan secara turutan kemahiran servis ala tenis dengan bola dilambungkan dengan ketinggian yang agak munasabah dan mudah bagi seseorang pemain untuk memukulnya
Monday, 9 May 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment