Bola tampar
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SEJARAH BOLA TAMPAR ANTARABANGSA Permainan bola tampar telah diperkenalkan pada tahun 1895.Orang pertama yang mempelopori permainan ini ialah William G. Morgan iaitu seorang pengarah sukan YMCA,di Holyoke, Massachusetts, Amerika Syarikat. NAma asal permainan ini ialah ‘minoneete’ dan kemudian digantikan dengan nama ‘volleyball’ oleh Dr. A. Halstead pada tahun 1896.Sejak diperkenalkan,permainan bola tamper terus menjadi satu permainan rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang pertama hanya diperkenalkan pada tahun 1916. Antara perubahan teknikal dan perkembangan yang penting yang berlaku dalam permainan bola tamper adalah seperti berikut: 1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan. 1912 - system ‘bergilir’ (rotation)diperkenalkan. 1916 - Undang – undang permainan diterbitkan. 1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan. 1918 - Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tingi jaring ditetapkan pada ketinggian 2.4 meter. 1921 - Garis tengh diwujudkan dalam gelanggang bola tampar. 1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan. 1923 - Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal sehingga masa ini. 1947 - IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal permainan bola tampar. 1949 - Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama diadakan di Prague. 1964 - Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah satu acara sukan dalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo. Di Malaysia,permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong dan Negara China pada tahun 1930-an.Ketika itu banyak perlawanan persahabatan dan pertunjukan telah diadakan di Bandar utama seperti Pulau Pinang,Kuala Lumpeu dan Singapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada masa itu.Di Malaysia,permainan bola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA – Malaysian Amateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Permainan ini adalah salah satu acara sukan yang dipertandingkan oleh pasukan sekolah di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah – sekolah Malaysia (MSSM). Permainan ini adalah unik sedikit jika dibandingkan dengan permainan bola yang lain seperti bola keranjang, bola jaring, dan bola baling. Ciri unik ini dapat dilihat dari segi cara bola itu dimainkan oleh pesertanya.Kemahiran menghantar bola yang ditunjukkan oleh pemain-pemain dalam permainan ini adalah luar biasa dan bukan cara natural yang biasa kelihatan dalam aktiviti yang menggunakan bola. Lagipun,permulaan permainan ini dilakukan dari luar gelanggang. JARING DAN TIANG Jaring bola tampar adalah 1 m lebar dan 9.50 m panjang yang diletakkan di atas paksi garisan tengah. Dua jalur putih, 5 cm lebar dan 1 m panjand dilekatkan tegak pada jaring dan diletakkan di atas setiap garisan tepi. Ia dikira sebagai sebahagian daripada jaring. Dua antenna diikatkan pada pinggir luar setiap jalur tepid an diletakkan bertentangan jaring. Kedua-dua antena dikira sebagai sebahagian daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan. Tinggi jaring adalah 2.43 m bagi lelaki dan 2.24 m bagi wanita. Ia diukur dari tengah gelanggang bermain dengan sebatang pengukur. Kedua-dua hujung jaring (di atas garisan tepi), mesti sama tinggi daripada permukaan bermain dan tidak melebihi 2 cm daripada tinggi rasmi. Tiang-tiang yang menyangga jaring mestilah bulat dan licin, dengan tingginya 2.55 m, seelok-eloknya yang dapat dilaraskan. Ia mesti dipasang pada tanah pada jarak antara 0.50 – 1.00 m daripada setiap garisan tepi. | |
Badan induk tertinggi | FIVB |
---|---|
Pertama dimainkan | 1895, Holyoke, Massachusetts (Amerika Syarikat) |
Ciri-ciri | |
Contact | No Contact |
Ahli pasukan | 6 |
Jantina bercampur | Perseorangan |
Kategori | Dalam dewan |
Bola | Bola tampar |
Olimpik | 1964 |
Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. [2].
Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.
0 comments:
Post a Comment